Monday, June 1, 2009

Taat kepada ibu bapa boleh hindari bahaya

Pernahkah kita ingat kesusahan ibu bapa kita untuk membesarkan kita,semenjak kita masih bayi lagi mereka cuba mendidik kita menjadi insan yang soleh dan berdikari,kita tidak boleh menderhaka kepada mereka,ingat jasa mereka harus dikenang dan kita perlu menjaga mereka..dengan seikhlas hati kita..janganlah biarkan jiwa dan hati mereka terluka....disini saya ingin berkongsi dengan anda hadis dari....Rasulullah S.A.W..mari kita sama-sama hayatinya...


ABUL-LAITS Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya dari Jabir bin Abdillah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya):
“Allah telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran a.s. dalam alwaah 10 bab:
· Wahai Musa jangan menyekutukan aku dengan sesuatu bahawa aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang musyrikin.
· Taatlah kepada-Ku dan dua orang tuamu nescaya Aku peliharamu daripada sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik.
· Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.
· Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau derhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengagungkan nama-Ku.
· Jangan hasad dengki dan irihati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang lain, sebab
penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripada-Ku.
· Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.
· Jangan mencuri dan jangan berzina dengan isteri jiran tetanggamu sebab nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya.
· Jangan menyembelih korban untuk selain dari-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku.
· Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri.
· Jadikan hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak keluargamu.
Kemudian Rasulullah bersabda lagi : “Sesungguhnya Allah s.w.t menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa a.s. dan Allah s.w.t memilih hari Jumaat sebagai hari raya untukku.”

di harap kita akan berusaha untuk menjaga ibu bapa kita dengan sebaik-baiknya,selagi mereka masih ada..dan sekalipun mereka telah tiada didunia ini,marilah kita bersama-sama berdoa untuk kesejahteraan mereka...tanpa mereka siapalah kita didunia ini...salam kesedaran dari saya.

Tuesday, May 12, 2009

kisah-kisah kejayaan

saya ingin berkongsi...dengan anda semua...tentang kesedaran diri anda tentang potensi diri anda...mungkin anda...asyik diselubungi..kesedihan..tentang keadaan diri anda sekarang..
saya ingin katakan pada anda sesuatu. setiap orang ada kelebihan mereka masing2.namun kadang2 kelebihan itu di sekat oleh kelemahan mereka sendiri..bila kita asyik di timpa kesusahan,apa yang kita nampak..hanyalah..kekurangan kita..kelebihan dan kekuatan kita..kadang2 hanyut entah kemana...itulah yang menyekat kita..di sini saya ingin..berkongsi..sesuatu dengan anda tentang sebuah kisah seorang jutawan di dunia... sekarang ini..dulu dia hanyalah seorang insan biasa tapi bila beliau sedar tentang potensi yang ada dalam diri dia..dan dia tidak putus asa dalam mengembangkan potensi yang ada dalam diri dia..dan akhirnya dia berjaya.saya mengambil kisah ini dari...saudara nizam dan hisyam .saya ingin mengucapkan terima kasih pada mereka kerana telah membuat saya sedar tentang sesuatu yang saya tidak sedari selama ini.. saya mengambil banyak iktibar dari kisah ini..dan saya harap anda juga akan menyelami diri anda..dan carilah sesuatu dalam diri anda yang anda boleh ketengahkan..setelah anda membaca kisah di bawah ini...anda pun mampu berjaya seperti diri jutawan ini...selamat membaca..

Daripada Surirumah kepada Pengarang $100 Juta

Seorang janda , Joanne Rowling yang hidup dalam kesempitan dan tinggal di apartment satu bilik yang sejuk di Edinburgh, dimana beliau juga membesarkan anak perempuannya, Jessica. Untuk melarikan diri dari kesejukkan, Joanne selalunya akan pergi ke sebuah kedai minuman, café dan memesan secawan kopi, yang dihabiskan selama berjam lamanya kerana beliau sudah pokai! Kesusahan ini memberikan dorongan kepada beliau untuk mengikut satu idea iaitu menulis satu novel mistik atau khayalan.Berumur 29 tahun pada ketika itu, perkara yang paling buruk yang akan terjadi daripada idea beliau ialah jika buku beliau ditolak oleh penerbit!Ini memberikan semangat kepada beliau untuk menulis setiap hari.Pada sebelah pagi, Joanne akan membawa Jessica ke taman permainan,berjalan-jalan sehinggalah anaknya tertidur, kemudian beliau akan terus ke café, menulis sehingga 2 jam semasa anaknya tidur.Sekali lagi pada waktu petang, semasa Jessica sedang tidur, Joanne akan menulis sehinggalah beliau penat dan tidur. Walaupun menulis Harry Potter and the Sorceree’s Stone satu kerja yang cukup susah, beliau masih waras.Semasa buku beliau dalam pembikinan, beliau menghadapi satu lagi masalah,beliau tidak mampu untuk membeli komputer untuk menaip novel beliau. Jadi beliau mengupah beberapa pound kepada seorang tua untuk menaip novel beliau. Kemudian Joanne terpaksa menaip satu lagi buku kerana beliau tidak mampu untuk membuat salinan fotostat!Beliau mencari dua agen ditelefon direktori dan mengeposkan buku tersebut kepada mereka. Beliau beritahu bahawa hari yang paling gembira dalam hidup beliau ialah apabila salah seorang dairpada mereka bersetuju untuk menerbitkan buku beliau. Buku pertama diterbitkan di England pada bulan Jun, 1997. Harry Potter mencatat kejayaan yang cukup mengkagumkan dengan publisiti yang meluas.Joanne mengaku bahawa beliau tidak menduga perkara ini akan terjadi.Walau pun buku beliau adalah berkenaan kisah kanak-kanak, tetapi orang dewasa ramai yang meminatinya. Buku beliau kini diletakkan sebaris dengan buku-buku popular dunia sepertiLord of the Rings, The wizard of OZ, Alice in Wonderland. Harry Potter dengan hanya tiga pengembaraan telah menjadikan Joanne seorang jutawan dengan harta mencecah $100 juta pound (RM600 juta!)

kata2 motivasi: perubahan yang kekal adalah perubahan yang datang dari dalam diri kita sendiri..bila kita cuba merubah diri kita dari segi luaran...ia selalunya cuma bertahan untuk sementara sahaja...fikir-fikirkanlah..salam kesedaran dari saya..

Thursday, April 30, 2009

kesedaran

kesedaran adalah sangat penting bagi semua insan yang bergelar manusia...kesedaran adalah sesuatu yang datang dari hati kita sendiri..kita seharusnya berpijak di bumi yang nyata..bila kita bercakap tentang kesedaran.kesedaran ini selalunya datang bila kita di timpa masalah..tapi bila kita dalam keadaan gembira kita selalunya lupa pasal kesedaran ini...kita kadang2 tidak sedar siapa diri kita...sampai melukakan hati dan perasaan orang lain..kita juga kadang2 tidak sedar tindakan kita itu juga kadang2 melukakan hati dan perasaan kita sendiri.bila kita bercakap tentang kesedaran kita juga kdang terlupa siapa yang melahirkan kita..apa jasa kita terhadap mereka...adakah kita lupa tentang pengorbanan mereka terhadap kita...adakah kita juga sedar siapa pencipta kita....siapa yang memberi kita peluang untuk hidup di dunia...ini..kita seharusnya kembali menyelami semua ini.;...di mana kita sekarang.